|
2 370.00 RM
|
|
8 800.00 RM
|
|
160.00 RM
|
|
350.00 RM
|
Hadith 37
Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadith ini).
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
AJ Article Listing
Galeri YouTube Terpilih
Bil Pengguna
Kami ada 3 tetamu online











